[VIDEO] Luahan ‘Auntie’ Ni Buat Ramai Sebak, Terpaksa Berniaga Untuk Dapatkan Duit Di Usia Tua

Entertainment
4 Jul 2022 • 3:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apa perasaan korang bila nampak warga emas yang berniaga di sekitar kaki lima? Mesti akan terdetik juga rasa kesian kan?

Mana taknya, di usia mereka yang dah semakin meningkat tua, sepatutnya diorang duduk di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak, cucu dan bukannya mengerah tenaga untuk mendapat duit demi kelangsungan hidup.

Macam satu video perkongsian di TikTok milik @cahayaichagulo__ ni, dia berjumpa dengan seorang auntie di sebuah kaki lima sekitar Logan Heritage, Georgetown, Pulau Pinang dan luahan yang diucapkan memang meruntun jiwa…

@cahayaichagulo__

Sebenaq nya tak sanggup nak bagi tinggalimage is not availableimage is not available

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Tak ada family dah… Ni untuk cari duit”

Apa yang mencuri perhatian orang ramai apabila wanita yang dikenali sebagai Icha ini mengajukan soalan kepada auntie itu mengenai keluarganya selepas dia menyusun barang-barang jualannya di kaki lima.

“Family auntie dekat mana?” – Tanya Icha

“Dah tak ada dah…” – Jawab auntie

“Dah ada makanan dah”

Belum cukup dengan itu, Icha turut menghulurkan sedikit bantuan berbentuk makanan dan juga minuman kepada auntie. Malah dia menolak pelawaan Icha dengan baik apabila diajak untuk pergi makan bersama. Ini jawapan auntie tu…

“Saya dah ada makanan. Tadi pun dah ada makan”

Perkongsian video itu mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain apabila auntie itu masih lagi bersemangat untuk berniaga demi mencari wang saku. Tak kurang juga yang turut mendoakan agar urusan Icha sentiasa dimudahkan kerana prihatin dengan warga emas.

image is not available

Min harap perkongsian ni dapatlah korang jadikan sebagai teladan ya… Bak kata pepatah, orang tua dihormati, orang muda disayangi…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.