Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

6 Oct 2026 • 9:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

Sejak beberapa hari lalu, aksi pemandu pasukan Cadillac Formula 1 (F1), Valtteri Bottas mencuri tumpuan ramai kerana beliau dilihat menunggang basikal dalam waktu senggang sebelum menghadapi perlumbaan F1.

Malah, perkongsian terbaharunya juga menunjukkan bahawa beliau kini dalam perjalanan untuk ke Singapura selepas tamat perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober.

Bottas redah laluan sunyi dan jarang dilalui

Dari Port Dickson ke Muar dan seterusnya ke Singapura, Bottas melalui jalan yang sunyi, sempit dan jarang dilalui.

Image from: Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada Isnin.

"Ya, saya sedang berbasikal ke Singapura, dengan Canyon Grail CFR baharu saya.

"Melalui jalan berbatu yang jarang dilalui orang," katanya menerusi kapsyen di perkongsian itu.

Image from: Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

Menerusi video yang dimuat naik, Bottas perlu melalui jalan kampung, ladang kelapa sawit serta laluan sempit termasuk pada waktu malam.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa netizen Malaysia yang memuji semangatnya berbasikal.

Baca juga:

Malah ada yang berkata tidak berani berbasikal melalui kawasan seperti itu pada waktu malam.

Image from: Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

"Walaupun saya rakyat Malaysia, saya sendiri pun tak berani berbasikal melalui kawasan macam itu pada waktu malam," kata seorang netizen.

“Bro, kau ni kayuh ikut garis lurus dari Sepang ke Singapura ke apa? Tak ada orang kayuh basikal dalam ladang kelapa sawit. Waktu malam pula tu. Jalan ada, jalan berturap pun ada.

"Kau kena jaga keselamatan, bro. Kami nak tengok kau berlumba lagi pada masa akan datang," kata seorang lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved