[VIDEO] Majlis Kahwin Dah Macam Disko, Pengantin Menari ‘Cucuk Langit’ Dengan Tetamu

Entertainment
13 Oct 2022 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis sanding merupakan satu memori indah buat sesuatu pasangan untuk dikenang sampai bila-bila, namun ada segelintir pasangan akan melakukan satu kelainan memandangkan memori ini cuma ‘sekali seumur hidup’.

Bagaimanapun, ‘kelainan’ pada majlis persandingan satu pasangan ini telah mendapat perhatian netizen dengan cara kedua-dua mempelai ini berarak masuk ke dewan untuk ke pelamin dengan suasana ala disko.

 

Menari ‘cucuk langit’ untuk ke pelamin

Video dari TikTok dan tular sampai ke Twitter ini menunjukkan pengantin wanita berhijab bersama pasangannya masuk sampai menari dengan rancak bersama dengan tetamu.

Kesemua mereka menari ikut rentak muzik yang dimainkan oleh seorang DJ, difahamkan kejadian ini berlaku di negara jiran, Indonesia dan telah meraih lebih daripada 1.7 juta tontonan sepanjang 2 hari ia dimuat naik.

@diskodiwedding

Wedding Entrance anti-mainstream ? Yes please ! Style music yang kamu pilih untuk mengiringi jalannya kamu dan pasangan menuju pelaminan haruslah yang paling sesuai dan bisa menggambarkan karakter kalian berdua image is not availableimage is not available#diskodiwedding #weddingdj #djwedding #intimatewedding #diskoindonesia #weddingkarawang #resindahotel #pengantinhijab #akadnikah #afterparty #fypsounds #trumpet #trumpets #narco

♬ original sound – Diskodiwedding – Diskodiweddingimage is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen pelik dengan konsep yang diberikan dan ada juga yang terkilan kerana ia dikatakan telah menyimpang dari adat.

 

image is not availableimage is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ada juga netizen menyatakan itu adalah hak pengantin dan menyifatkan ia adalah satu majlis yang meriah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.