Video Makan Malam Bersama Syafiq Kyle Tular, Mimi Lana Beri Penjelasan

1 Dec 2023 • 7:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

“Saya dan Syafiq dalam keadaan yang baik, tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya,” begitulah kenyataan yang dikongsikan oleh aktres Mimi Lana apabila ditanya mengenai video makan malam bersama pelakon Syafiq Kyle yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Mimi berkata, pertemuan makan malam itu berlaku selepas mereka sama-sama menghadiri acara malam gala filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by MIMS (@missmimilana)




 

“Posting adalah tentang general. Bila putus cinta benda tu memang sakit. So, saya seorang yang suka menulis daripada dulu lagi. Cuma sometimes, saya hanya ingin berkongsi with everyone tentang rasa putus cinta.

“Because I have been through that. Saya rasa apa yang saya cakap tu mungkin sedikit sebanyak boleh bantu orang di luar sana yang berdepan dengan situasi yang sama,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu. Namun, perkahwinan mereka dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved