[VIDEO] ‘Malaysia tanam semula sawit kemas, tanpa bakar-bakar’

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Malaysia tanam semula sawit kemas, tanpa bakar-bakar’

PETALING JAYA – “Malaysia tengah tanam semula kelapa sawit baru. Nampak cantik, kemas dan okey je tanpa bakar-bakar.”

Itu perkongsian seorang lelaki yang menunjukkan kaedah penanaman semula kelapa sawit di Malaysia tanpa pembakaran, sekali gus mengelakkan pencemaran udara dan jerebu.

Ia memberi gambaran bahawa kerja berkenaan boleh dilakukan dengan kemas tanpa perlu membakar kawasan ladang.

Menerusi hantaran di media sosial, pengguna dikenali sebagai @Acap_tikitaka itu turut memuat naik video yang memperlihatkan keadaan kawasan penanaman semula kelapa sawit di Malaysia.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju bahawa penanaman kelapa sawit di Malaysia adalah menerusi kaedah terbaik.

“Malaysia ni masa ada makan-makan je ada bakar-bakar. Bakar ayam, sosej, kambing golek dan sate,” kata @Stjkau.

“Sama di sini, Sarawak dan berjiran dengan Kalimantan. Penanaman semula yang teratur, tanpa pembakaran dan tanpa pemusnahan hutan, tapi jerebu dari negara jiran tetap sampai,” ujar @Ayang.sue.

“Kawasan tanam semula. Luas kawasan lebih 2,000 hektar, langsung tak ada satu pun pembakaran,” kongsi @Afiqqhazmieee.

“40 tahun hidup tak pernah nampak ladang Felda bakar-bakar ni,” komen @Binisupomen. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Malaysia tanam semula sawit kemas, tanpa bakar-bakar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved