[VIDEO] Objek berapi ‘gegarkan’ langit beberapa negeri

LocalSpace
5 Nov 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Objek berapi ‘gegarkan’ langit beberapa negeri

PETALING JAYA – Fenomena objek bercahaya dengan ekor berapi yang melintasi ruang udara negara mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk selepas kelihatan di beberapa lokasi termasuk Langkawi, Pahang dan Johor malam tadi.

Kejadian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman menyaksikan objek berkenaan bergerak pantas di langit sebelum menghilang daripada pandangan.

Seorang pengguna Threads @juliaoei berkata, fenomena itu berlaku kira-kira pukul 9.40 malam di Kuah, Langkawi.

Seorang lagi pengguna @Kimikimo_95 turut berkongsi kejadian sama yang disaksikannya dari rumah di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.45 malam semalam.

Menurutnya, anaknya pada awalnya menyangka objek berkenaan sebuah kapal terbang sebelum menyedari pergerakannya terlalu pantas dengan keadaan bercahaya seperti terbakar.

Sementara itu, pengguna @abdsalamjr mendakwa objek berkenaan turut kelihatan di Kota Tinggi, Johor.

“Kota tinggi (malam) tadi betul-betul atas kepala,” kongsinya dalam hantaran berbeza.

Seorang lagi pengguna @farahfalisya berkata, fenomena itu juga kedengaran bunyi seakan-akan enjin jet.

“Dengar macam bunyi enjin jet dari dalam rumah. Dari bumi Kemaman,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Threads @uthmandaud, mendakwa fenomena berkenaan berkemungkinan berkaitan kemasukan semula sisa objek angkasa atau space debris ke atmosfera bumi.

“Kena belajar bezakan objek berapi di langit. Kalau berapi lama, panjang macam ini dan dalam kawasan atmosfera, sangat-sangat besar mungkin ia adalah ‘space debris’. Meteor hanya bercahaya beberapa saat kemudian lenyap kerana hancur di udara.

“Yang jatuh itu adalah ‘space debris’ dari teleskop luar angkasa milik NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan) yang sudah mengorbit selama 22 tahun di luar sana,” dakwanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, teleskop angkasa Neil Gehrels Swift Observatory milik NASA yang dilancarkan pada 2004 disahkan memasuki semula atmosfera bumi pada 4 November lalu di kawasan Sumatera Utara, Indonesia.

Kemasukan semula satelit seberat kira-kira 1,452 kilogram itu berlaku pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia, dengan sebahagian besar strukturnya dijangka terbakar ketika melalui atmosfera. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

The post [VIDEO] Objek berapi ‘gegarkan’ langit beberapa negeri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved