![Image from: [VIDEO] Orang ramai ‘ketakutan’, dakwa lori dipandu berbahaya di Salak Tinggi](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/lori-tular-viral-salak-tinggi-1024x665.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan beberapa pemandu lori yang didakwa memandu laju dan berbahaya di sekitar Salak Tinggi, Sepang mengundang kebimbangan orang ramai.
Perkara itu turut didedahkan seorang wanita yang menyifatkan keadaan itu sebagai ‘menyeramkan’, dan dilihat kerap berlaku di kawasan berkenaan.
Malah, dia turut berkongsikan dua rakaman video yang memaparkan sebuah lori didakwa menggunakan lorong kecemasan sebelum masuk semula ke laluan kanan dengan kelajuan tinggi.
Sebuah lori menerusi video kedua pula, dirakam dipandu secara laju pada lorong kanan.
“Seriuslah, lori kawasan Salak Tinggi ni makin menjadi-jadi! Nak potong punya fasal sampai guna laluan kecemasan, lepas tu potong masuk kanan dengan laju bukan main.
“Seramlah kita. Hari ni jadi penumpang sempat rakam perangai teruk (pemandu) lori-lori kawasan sini. Memang laju!,” katanya.
Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang bersetuju dengan kebimbangan tersebut, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa dan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.
“@Jpjmalaysia, rakyat hadap hari-hari bahaya laluan Putrajaya-Kota Warisan-Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)-Nilai-Sepang,” ujar @Zullzack_801218.
“Lori pasir dan tanah kawasan Salak Tinggi dan Nilai ni semakin parah,” kongsi @Milokotak.
“Ya betul, minggu lepas suami saya baru je kemalangan dengan lori macam ni dekat BBST, lori masuk simpang tak bagi isyarat. Kaki kanan patah masuk besi, kaki kiri retak,” dedah @Sarah_faizel. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Orang ramai ‘ketakutan’, dakwa lori dipandu berbahaya di Salak Tinggi appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/polis-kejar-lori-1024x721.jpeg)
![[VIDEO] Ramai ziarah pusara Tun Siti Hasmah, suasana sayu jadi perhatian](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/pusara-TH-1024x768.jpeg)

