[VIDEO] Ramai ziarah pusara Tun Siti Hasmah, suasana sayu jadi perhatian

29 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ramai ziarah pusara Tun Siti Hasmah, suasana sayu jadi perhatian

PETALING JAYA – Suasana di Pusara Negara bertukar sayu apabila orang ramai dilihat tidak putus-putus menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Perkongsian seorang pengguna Threads, @Cikpuanoren_humbleabode, yang memaklumkan sempat singgah ke pusara Allahyarhamah pagi tadi turut menarik perhatian ramai.

Menurutnya, walaupun masih awal pagi, sudah ada beberapa individu berada di kawasan berkenaan untuk membaca Yasin dan mendoakan Allahyarham.

“Menangis sedu sedan sambil baca Yassin. Rata-rata wanita, malah lelaki juga terdengar sebak sambil baca Yassin,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Beliau turut menjelaskan kawasan Pusara Negara terbuka kepada orang awam yang ingin menziarahi pusara Allahyarham.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut menitipkan doa buat Allahyarhamah serta mendoakan kekuatan buat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah pengguna @Fazirul_helmey yang berharap mereka yang hadir menziarahi pusara Allahyarham mendapat keberkatan.

“Ramai yang datang Pusara Negara hari ni tanpa putus. Moga doa orang yang datang ziarah diangkat dan menempatkan arwah Tun di kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Sementara itu, @Meorazirin menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang yang sangat dihormati, selain menyebut kemungkinan ramai individu menyimpan kenangan peribadi bersama Tun Siti Hasmah yang tidak dikongsikan di media sosial.

“Siapa sangka dan siapa tahu, rupanya ramai yang sangat hormat dan mungkin ada pengalaman manis dengan Tun Hasmah yang tak mahu dikongsikan di media sosial. Menyentuh perasaan. Tun orang yang hebat,” katanya.

Komen itu turut dibalas pemilik hantaran yang menyifatkan Allahyarham sebagai ‘seorang figura negarawan yang sangat hebat’ serta mendoakan segala jasanya kepada negara terus mendapat pahala.

Seorang lagi pengguna, @Shaeyful, turut menitipkan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Kalau macam ni punya rupa ramai lawat dan doakan, harapnya arwah memang digolongkan dalam kalangan orang beriman. Amin,” katanya.

Perkongsian berkenaan menggambarkan penghormatan dan ingatan orang ramai terhadap Allahyarham yang terus dizahirkan menerusi kunjungan serta doa di pusara beliau.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ramai ziarah pusara Tun Siti Hasmah, suasana sayu jadi perhatian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved