Kes pelajar SMK Za’ba meninggal di asrama: Pemimpin gesa siasatan telus!

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Berita kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli mengundang rasa sedih dan terkesan dalam kalangan orang ramai.

Luah rasa sukacita

Perkara itu turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meluahkan rasa dukacita susulan berita kematian Allahyarham.

Menerusi hantaran di media sosial, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa perkara berkenaan perlu disiasat segera bagi memastikan punca sebenar kejadian dapat dikenal pasti.

Beliau turut menggesa supaya siasatan dijalankan secara telus serta tindakan tegas diambil sekiranya dakwaan berhubung kejadian buli itu disahkan.

“Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah, yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!”

Tiada kompromi dengan buli

Dalam pada itu, beliau menyatakan pendirian bahawa kes yang dipercayai ada kaitan dengan buli sama sekali tidak boleh dikompromi dan seharusnya disiasat secara tuntas apalagi melibatkan kematian.

Image from: Kes pelajar SMK Za’ba meninggal di asrama: Pemimpin gesa siasatan telus!

Bekas menteri senada dengan Asyraf

Senada dengan Asyraf, Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Threads, menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga Allahyarham sambil menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti tanpa kompromi.

“Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini secara telus dan terperinci berhubung dakwaan mangsa dibuli demi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham dan keluarganya,” tegas beliau.
Image from: Kes pelajar SMK Za’ba meninggal di asrama: Pemimpin gesa siasatan telus!

Terdahulu, berita tentang kematian pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan dakwaan buli melibatkan mangsa dan beberapa lagi pelajar di sekolah sukan tersebut.

Perkara tersebut dinyatakan individu yang mengakui bahawa dirinya ibu saudara kepada mangsa di platform media sosial.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes kini masih dalam siasatan.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban,” katanya.

Sumber: Fascebook Asyraf Wajdi, Thread radzijidin, nurhijj, Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved