[VIDEO] ‘Ada pokok tumbang di Rawang menghala Selayang’

18 Nov 2026 • 4:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Ada pokok tumbang di Rawang menghala Selayang’

PETALING JAYA – Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku berdekatan Jalan Templer dari Rawang menghala ke Selayang pada petang ini.

Menerusi perkongsian video pengguna Threads mendakwa, kejadian pokok tumbang itu turut menimpa kenderaan seperti lori dan motosikal.

Seorang pengguna Threads Jijaaa memuat naik video kejadian tersebut yang mana ia berlaku ketika hari hujan, manakala terdapat pokok-pokok tumbang menimpa atas jalan dan kenderaan.

Orang awam turut berhenti di lokasi tersebut bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Ada pokok tumbang dekat Jalan Templer dari Rawang menghala ke Selayang,” menurut kapsyen video dikongsikan Jijaaa.

Seorang lagi pengguna Threads Morepit.co memuat naik video memperlihatkan hujan sudah berhenti manakala, terdapat kelihatan anggota bomba, polis selain pihak yang ditugaskan memotong dahan-dahan pokok tersebut.

“Jalan nak ke Selayang selepas keluar Latar (Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor) / Rawang. Keadaan pemandu lori tidak dapat dipastikan,” menurut kapsyen video dikongsikannya.

Pada masa sama, kelihatan deretan kenderaan pengguna di laluan tersebut memandangkan mereka tidak dapat melalui kawasan itu serta perlu menunggu kerja-kerja itu selesai.

Dalam pada itu, ada pengguna Threads turut mendakwa, terdapat mangsa dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Kosmo! Online masih menunggu maklumat terperinci daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Ada pokok tumbang di Rawang menghala Selayang’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved