[VIDEO] Pengarah Syarikat Kena Samun Ketika Di Lampu Isyarat, RM200K ‘Lesap’

Entertainment
24 Jul 2024 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki disamun wang tunai sebanyak RM200,000 oleh sekumpulan individu bersenjata sejurus selepas mengeluarkannya dari sebuah bank.

Kejadian berlaku petang Isnin lalu di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Emerald, Seksyen 33, Shah Alam.

Ketua Polis Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menerusi satu kenyataan berkata rakaman dashcam rompakan itu telah tular di media sosial, video berdurasi seminit itu memaparkan pemandu Perodua Kembara itu diserang sekumpulan lelaki.

Dalam kenyataan yang sama, difahamkan mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 54 tahun yang bekerja sebagai peniaga barangan lusuh, dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

“Ketika memberhentikan kereta yang dipandu seorang diri dipersimpangan lampu isyarat telah mengalami kerugian wang tunai milik syarikat sebanyak RM200,000.00 selepas membuat pengeluaran dari sebuah bank berdekatan,” tulisnya.

Kini, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan kesemua suspek bagi siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved