Sebuah video memaparkan seorang penjaja warga Rohingya berdepan tindakan menendang meja jualannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Menerusi video yang tular, individu berkenaan dilihat berada di sebalik meja jualan sebelum seorang lelaki menendang meja tersebut sehingga mengundang perhatian orang ramai.
Tindakan itu menyebabkan sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang dan bersimpati dengan penjaja berkenaan, malah mempersoalkan mengapa dia dilayan sedemikian walaupun merupakan warga asing.
Namun, isu tersebut kemudiannya mendapat penjelasan daripada salah seorang individu yang terlibat dalam skuad penggempur warga Rohingya.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menjelaskan bahawa tindakan tersebut berlaku selepas pihaknya dikatakan sudah beberapa kali menegur individu berkenaan supaya tidak menjalankan perniagaan di lokasi tersebut.
Menurutnya, mereka sebelum ini telah memberikan teguran, namun individu terbabit didakwa masih meneruskan aktiviti perniagaan.

Dalam masa sama, beliau turut mendakwa terdapat dua pendatang asing yang baru dibebaskan daripada penjara selepas menjalani hukuman berkaitan kesalahan membunuh, selain mendakwa mereka mempunyai rekod jenayah.
“Mereka berdua cuba merasuah team squad langgar tapi kami tolak dan menjadi marah, lepas tu macam mana 2 pendatang asing ni baru dibebaskan dari Penjara hukuman cuba membunuh 307, lepas tu belas banduan dan penjenayah ni boleh berapa di MALAYSIA?”
Beliau turut mendakwa terdapat individu yang bertindak di luar kawalan ketika operasi tersebut, namun tindakan berkenaan dikatakan telah diambil terhadap individu terbabit.
“Dan ada team kami yang bertindak diluar kawalan tapi kami dah buang pun die dari pasukan kami.”
Perkongsian tersebut memberikan konteks berbeza terhadap video yang tular sebelum ini, apabila sebahagian warganet hanya melihat rakaman tindakan terhadap penjaja berkenaan tanpa mengetahui perkara yang berlaku sebelum kejadian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bongkar Kegiatan PATI, Awie MBR Dakwa Terima Ugutan ‘Pot*ng Kepala’ Dari Warga Asing
The post Video Penjaja Rohingya Ditendang Meja Jualan Cetus Perdebatan, Rupanya Ada ‘Plot Twist’ – “Mereka Cuba Rasuah, Ada Rekod Jenayah Membun*h” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] ‘Pagi petang, siang malam suami dengar suara YB’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/120cc986-8f01-42f9-b464-b3e8ecad0d3c-1024x639.jpeg)

