Video tular lelaki kasari wanita, polis buka kertas siasatan

22 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video tular lelaki kasari wanita, polis buka kertas siasatan
Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak dan menendang seorang wanita.

KOTA TINGGI - Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengasari seorang wanita di Felda Kledang, Gugusan Adela, dekat

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, video berkenaan dikesan tular pada kira-kira jam 9.30 pagi, Selasa.

Menurut beliau, video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak dan menendang seorang wanita.

"Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh seorang wanita tempatan yang juga individu yang merakam kejadian berkenaan.

"Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta memudaratkan mana-mana pihak.

Dalam video berkenaan lelaki itu turut dilihat memarahinya dan menghamburkan kata-kata kesat.

Beberapa individu dipercayai ahli keluarganya cuba menghalang dan menenangkan lelaki itu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved