[VIDEO] Penonton Buat Hal, Selamba Naik Pentas Rampas ‘Mic’ Ketika Konsert Bunkface

Entertainment
1 Aug 2023 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang penonton yang bertuah apabila dipanggil untuk menyanyi di atas pentas bersama-sama band Bunkface.

Namun, menerusi konsert yang diadakan band itu baru-baru ini, seorang penonton bertindak di luar jangkaan apabila secara tiba-tiba menaiki ke pentas tanpa kebenaran. Malah, penonton itu juga terus merampas mikrofon vokalis band, Sam ketika konsert berlangsung.

Penonton terbabit sempat mengambil alih pentas dan menyanyikan beberapa rangkap lirik selepas Sam beralah.

Bagaimanapun, tindakannya sempat dihentikan oleh salah seorang staf yang bertugas yang memintanya turun secara baik.

Susulan itu, Sam memberi pesanan kepada penonton agar mengikut cara yang betul sekiranya ingin menyertai bersama kumpulan itu di atas pentas.

Video terbabit mendapat perhatian ramai, meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan serta mendapat hampir 1,000 komen di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa malu dengan tindakan penonton itu yang secara tiba-tiba take over pentas Bunkface sehingga menyebabkan suasana janggal seketika.

Ada yang berpendapat, mungkin penonton itu mahukan populariti seperti lelaki yang pernah dipanggil Bunkface untuk menyanyi di atas pentas, namun caranya salah.

image is not availableimage is not available

Meninjau ke video lain, ada dipaparkan vokalis band itu menjemput salah seorang penonton menyanyi bersamanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.