![Image from: [VIDEO] ‘Petang curi, malam pulangkan’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-18-at-3.33.43-PM-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang wanita ‘kantoi’ mencuri bungkusan atau parcel di sebuah rumah, apabila perbuatannya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), dalam kejadian di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, kelmarin.
Rakaman itu dikongsikan seorang pengguna Thread Rohana Fouzy dan barangan dikatakan dicuri wanita itu dipercayai telah dipulangkan selepas perbuatan itu terbongkar.
“Pencuri parcel kantoi, terus pasang CCTV sebab sebelum ini, order (tempah) makanan dan hilang. Bila dah biasa mencuri, ambil barang bukan hak sendiri.
“Tak ada rasa bersalah. Jenis dah biasa buat kerja, kutip parcel rumah orang lain dia ni,” katanya pada hantaran itu.
Dia berkata, bungkusan itu kemudian telah dipulangkan kepadanya pada sebelah malam.
“Petang curi, malam pulangkan. Kampung ni kecil je awak, ‘abang dia tengah cari mana parcel kita’, maksudnya apa? Ada parcel orang lain juga yang dah dicuri.
“Periksa lah ye parcel masing-masing kalau hilang. Tak aman betul lah bila ada orang dah mula mencuri dekat kampung ni,” katanya sambil berkongsi gambar parcel yang dijumpai.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai sekali gus berharap ada tindakan diambil terhadap wanita tersebut.
“Gaya macam kenal. Kalau betul akak ni, tak berapa ‘sihat’,” komen seorang pengguna Thread dipercayai mengenai pelaku tersebut.
“Silalah buat laporan, orang macam ni takkan serik,” komen Gagakdirimba.
“Boleh balut pampers (lampin pakai buang) budak. Nanti dia buka, dia mengamuk kat kita pula. Aku dah buat macam ni,” kata Arf_hzwn memberi cadangan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Petang curi, malam pulangkan’ appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Nak pergi mengaji pun tak aman, bersepah anjing liar’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-13-at-11.55.06-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] ‘Bunyi seret, mengesot, cakar pun ada’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-13-at-10.08.36-1024x768.jpeg)


![[VIDEO] Pecah kereta jemaah tabligh, pencuri pulangkan semula barang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-25-at-15.56.19.jpeg)