[VIDEO] ‘Nak pergi mengaji pun tak aman, bersepah anjing liar’

13 Oct 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Nak pergi mengaji pun tak aman, bersepah anjing liar’

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris cedera apabila dia dikejar tiga ekor anjing liar sewaktu sedang berjalan untuk pergi mengaji, dalam kejadian di sebuah taman perumahan.

Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan ibu kanak-kanak itu memuat naik rakaman tersebut pada Thread Nurulsyazwani.razali.

Pada video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat sedang berjalan di satu lorong dan kemudian tiga anjing secara tiba-tiba mengejarnya sebelum dia terjatuh.

Seorang lelaki yang juga penghantar makanan melihat kejadian itu dan turut menghalau anjing liar tersebut serta membantu kanak-kanak berkenaan yang sedang menangis.

“Anak nak pergi mengaji pun tak aman. Bersepah anjing liar masuk taman. Terima kasih abang Food Panda tolong anak saya terjatuh kejar anjing tu. Terima kasih sangat-sangat.

“Posting (hantaran) saya blow up (naik). Memang saya tengah cari abang ni. Kalau tak ada abang ni, saya rasa teruk anak saya kena ni,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjawab soalan orang ramai, wanita itu mendakwa, bukan tiga, tetapi lima ekor anjing liar dikatakan mengejar anaknya.

“Tiga ekor, ada lagi dua ekor kat belakang tak nampak dalam video ni. Jiran dah keluar halau, jumlah semua lima ekor,” katanya.

Ia mendapat maklum balas daripada pengguna Thread termasuk ada yang meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Lapor majlis (PBT) mai (datang) tangkap. Taman saya pun dua hari juga majlis mai ronda tangkap anjing yang ada kat taman ni,” komen Zierazaidi89.

“Aku pernah kena kejar dengan anjing bela yang tuan dia lepaskan. Nasib baik tak jatuh motosikal dengan anak. Bila kita tanya, ‘kenapa tak ikat?’. Dia boleh jawab, ‘anjing kejar je kan, tak gigit lagi kan’,” komen Halim.alem.90.

“Kasihannya dia, mesti dia trauma dah nak jalan pergi ngaji,” kata Nor.ismawati. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Nak pergi mengaji pun tak aman, bersepah anjing liar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved