Video Polis Di UK Guna Proton Waja Raih Perhatian – “Susah Nak Cari Ni!”

LocalEntertainment
3 Sep 2024 • 1:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial sebuah video memaparkan polis di United Kingdom (UK) guna kereta jenama negara, Proton Waja sebagai kenderaan rasmi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, History Of Top Gear telah memuat naik video memaparkan kenderaan tersebut dilengkapi livery rasmi polis tempatan dan lampu strob polis.

Polis UK guna Proton Waja sebagai kenderaan rasmi

Pada video itu juga, polis yang menggunakan kenderaan tersebut kelihatan sedang menjalankan tugas susulan lampu strob dan sirennya sedang dipasang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia berasa terkejut disamping meluahkan rasa bangga melihat polis luar negara menggunakan kenderaan tempatan.

Kenapa Proton Waja jadi kereta polis luar negara

image is not available
Ini Proton Waja kan

image is not available

Susah nak cari ni

image is not available

Bangga jadi orang Malaysia

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga warganet meluahkan rasa bengang terhadap penduduk negara seberang dan mendakwa mereka telah menghina Proton Waja, namun begitu komen-komen tersebut tidak dapat ditemui di hantaran itu.

Negara sebarang dengki

image is not available

Negara sebarang hina Proton Waja

image is not available

Negara seberang tengok ni mesti menangis

image is not available

Menerusi tinjauan, video memaparkan kenderaan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi polis UK telah dimuat naik di YouTube oleh pengumpul pelbagai model kereta Proton, Jon Coupland Cars.

Menurut Jon Coupland, kenderaan tersebut yang dikenali sebagai Proton Impian di UK itu digunakan oleh pihak berkuasa polis Humberside.

Polis ini bertanggungjawab untuk mengawasi kawasan East Riding Yorkshire termasuk Kingston upon Hull dan bahagian utara Lincolnshire termasuk Grimsby dan Scunthorpe.

image is not available

Katanya lagi, video tersebut adalah video lama dan beliau hanya kongsikan rakaman tersebut untuk tatapan orang ramai selepas menemuinya secara tidak sengaja.

Sumber: TikTok History Of Top Gear, YouTube Jon Coupland Cars