[VIDEO] PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 9:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi
Image from: [VIDEO] PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi
Maszlee menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di SJKC Tuan Poon.
Image from: [VIDEO] PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi
Maszlee selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Machap.
Image from: [VIDEO] PRN Johor: Maszlee yakin lebih ramai tunai tanggungjawab keluar mengundi
Maszlee bergambar dengan seorang warga emas di pusat mengundi di SJKC Tuan Poon, Simpang Renggam.

KLUANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berharap lebih ramai pengundi, khususnya golongan muda, keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

**media[3578351]**

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, proses pengundian di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tuan Poon Simpang Renggam berjalan lancar.

"Saya telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Machap.

"Selepas ini saya akan ke Puteri Wangsa untuk meninjau keadaan di sana pula.

**media[3578361]**

"Proses pengundian setakat ini berjalan lancar. Saya dimaklumkan seawal pagi sudah ramai pengundi hadir di saluran mengundi dan kita harap lebih ramai akan keluar mengundi," katanya pada Sabtu.

Mengulas harapannya pada hari pengundian, Maszlee berkata, beliau mendoakan kejayaan calon PH yang bertanding di Machap dan Layang-Layang, selain berharap gabungan itu memperoleh keputusan terbaik di seluruh Johor.

"Saya berdoa supaya calon PH di Machap, saudara Nor Hafiz mampu membuat kejutan. Saya juga mendoakan yang terbaik buat semua calon PH di Machap dan Layang-Layang.

**media[3578344]**

"Di seluruh negeri Johor, kita berharap para pengundi keluar mengundi beramai-ramai, terutama orang muda, dan membuat pilihan yang terbaik demi masa depan negeri Johor," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved