[VIDEO] Rakyat Indonesia malu jerebu selubungi Malaysia

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 10:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Rakyat Indonesia malu jerebu selubungi Malaysia

PETALING JAYA – “Malu dan kesal,” itu luahan seorang rakyat Indonesia yang menetap di Kuala Lumpur (KL) susulan keadaan jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara di Malaysia.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengguna dikenali sebagai @Zainasep berkata, dia sendiri turut merasai kesan keadaan udara yang kurang baik ketika berada di ibu negara.

Menurutnya, keadaan ketika ini menyebabkan udara dirasakan tidak selesa, manakala langit di Kuala Lumpur kelihatan berkabus.

“Sebagai rakyat Indonesia yang menetap di KL jujur agak malu dan serba salah dengan kesan kebakaran hutan dan tanah (di Indonesia) yang menyebabkan kualiti udara di Malaysia menjadi buruk.

“Apatah lagi saya juga turut merasai kesannya dan melihat sendiri keadaan di KL sekarang. Udara menjadi sangat tidak selesa, langit kelihatan berkabus dan rasanya hendak keluar rumah pun perlu berfikir dua kali,” katanya.

Tambah wanita itu, dia memahami mengapa sebahagian rakyat Malaysia meluahkan rasa kesal berhubung keadaan berkenaan.

“Sejujurnya, saya boleh faham mengapa orang di Malaysia berasa kesal. Saya sendiri yang tinggal di sini pun turut merasai kesannya,” ujarnya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi kesan jerebu rentas sempadan terhadap kehidupan seharian mereka di Malaysia.

“Dari kondominium. Mata udah (sudah) perih (perih) hari ini,” ujar @Adnantm.

“Tolong kembalikan pemandangan langit kami seperti ini. Pemandangan waktu pagi negara kami cantik dan cerah walaupun tengah bandar KL,” komen @Zrhjkt.

“Tolonglah Indonesia ‘claim’ (tuntut) jerebu ni. Dah dekat seminggu tak hilang. Hari ni paling teruk! Setiap tahun memang benda ni kami kena hadap,” luah @Ieykaamiranda. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Rakyat Indonesia malu jerebu selubungi Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved