Nenek M*ut Diterkam Buaya Ketika Cari Siput, Reptilia Lepaskan Mangsa Selepas Dikepung Orang Awam

11 Aug 2026 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 11T170420.962

Seorang wanita warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas menjadi korban serangan buaya ketika sedang mencari siput bersama anak kandungnya di sebuah anak sungai berdekatan Sungai Suai, Batu Niah, Sarawak hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Sambai Anak Anggah, 78, dipercayai disambar reptilia ganas berkenaan sewaktu dia berada di atas perahu.

Artikel berkaitan: “Macam tengok bola” – [VIDEO] Detik Buaya Masuk Perangkap Buat Ramai Terkejut

Artikel berkaitan: Dakwa Dijadikan ‘Senjata Musuh’, Israel Tembak Mati Ratusan Buaya

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, anak mangsa berada di dalam air pada jarak hanya sekitar satu meter dari perahu tersebut semasa insiden malang itu berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita RTM (@beritartm)

“Anak mangsa menyaksikan sendiri buaya menyambar ibunya yang berada di dalam perahu.

Buaya kemudian mengheret mangsa sejauh kira-kira 10 meter dari perahu sebelum melepaskannya selepas dikepung oleh penduduk kampung,” kata pihak bomba dalam kenyataan rasmi.

Menurut laporan Kosmo!, sebaik sahaja dikepung oleh orang awam dan penduduk setempat, reptilia berkenaan melepaskan mangsa sebelum tubuh wanita tua itu ditemukan dalam keadaan terapung. Penduduk kemudian bertindak membawa jasad mangsa ke jeti berhampiran.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang menerima maklumat terus bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 11.58 pagi bagi memantau kawasan sekitar serta memastikan keadaan kembali selamat dan terkawal.

Operasi berkenaan melibatkan kekuatan lima anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), selain turut dibantu oleh lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan serta proses selanjutnya sebelum keseluruhan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.45 tengah hari.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved