![Image from: [VIDEO] Reaksi Tuanku Muhriz ‘bertemu’ Menteri Besar Negeri Sembilan jadi tular](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-3.56.23-PM-1024x512.jpeg)
KUALA PILAH – Reaksi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ketika ‘bertemu’ Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menjadi perhatian selepas rakaman video memaparkan situasi itu tular di media sosial.
Rakaman yang dikongsikan menerusi Facebook oleh Edy Noor Reduan itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang memberikan pandangan masing-masing terhadap situasi berkenaan.
“Go away, I don’t want to see you. You said I’m not Yamtuan.
Demikian ungkapan yang kedengaran dalam satu rakaman video memaparkan Tuanku Muhriz ketika berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kariah Beting,di sini, hari ini.
Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila pengguna media sosial memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi yang dirakamkan.
Keberangkatan baginda ke Masjid Beting diiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Menerusi perkongsian Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, baginda turut berkenan menyampaikan kurnia kepada anak-anak kariah selepas selesai menunaikan solat Jumaat.- KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Reaksi Tuanku Muhriz ‘bertemu’ Menteri Besar Negeri Sembilan jadi tular appeared first on Kosmo Online.




![“Go Away, I Don’t Want To See You”- Tuanku Muhriz Murka , Tidak Mahu Terima Ismail Lasim Menghadap [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/BZU-BZU-sumbang-lebih-1.5-juta-lampin-1.jpg?t=1792212019)

