[VIDEO] Rumah peguam terkenal musnah dijilat api

15 Sep 2026 • 5:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Rumah peguam terkenal musnah dijilat api

RAWANG – Sebuah rumah milik peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla musnah dalam kebakaran di Bandar Country Homes dalam kejadian awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu disedari anak perempuan Mohamed Haniff yang ternampak api marak dari ruang tamu tingkat dua, manakala beliau ketika itu sedang menonton bola sepak di tingkat bawah.

“Anak ketika itu (di tingkat atas) bangun untuk ambil air terkejut bila lihat api dari ruang tamu, saya cuba padam api itu tetapi ia marak dengan cepat,” jelasnya.

Tambahnya, api terlalu cepat merebak sehingga dia sukar bernafas dan turut melecur ketika cuba padamkan kebakaran itu.

Rumah yang didiami oleh empat beranak itu musnah dalam sekelip mata, namun dia bersyukur ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan serius.

Pasukan bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian, namun pelbagai barangan dan kenangan yang dikumpul keluarga itu selama puluhan tahun musnah dalam kebakaran tersebut.

Haniff dan keluarganya menetap di Bandar Country Homes itu sejak 1998.

The post [VIDEO] Rumah peguam terkenal musnah dijilat api appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved