[VIDEO] ‘Rupanya kita rindu langit biru’

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Rupanya kita rindu langit biru’

PETALING JAYA – “Rupanya kita rindu langit biru. Alhamdulillah, dah dua hari rasa sebak lihat langit, sedut udara segar tanpa ancaman jerebu.”

Demikian luahan kebanyakan rakyat Malaysia yang berkongsi perasaan masing-masing apabila melihat langit di sekitar Lembah Klang kembali cerah selepas sekian lama diselubungi jerebu.

Pemandangan langit membiru, awan putih yang jelas kelihatan serta panorama ibu kota yang kembali memukau mengundang keterujaan pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang berkongsi keindahan itu.

Menerusi platform Threads, pengguna, @Asyraf meluahkan rasa syukur dan lega apabila pemandangan bangunan ikonik negara yang sebelum ini terlindung di sebalik jerebu kembali dapat dilihat, malah dia seakan-akan tidak percaya menyaksikan perubahan tersebut.

“Sebelum ini ada baca berita kata jerebu dekat Malaysia boleh berterusan sampai Februari tahun depan, tapi dari semalam rasa tak puas tengak view KL (pemandangan Kuala Lumpur). Menara KL, KLCC sebelum ini tinggal bayang, sekarang jelas sangat tengok dari rumah. Syukur ya Allah atas nikmat ini,” luahnya.

“Syukur alhamdulillah, baru nampak langit biru dan cerah. Awan berkepul-kepul cantik. Kalau hiking (mendaki) confirm view nice (pasti pemandangan cantik) kan,” kata @Masliza Yunos.

“Akhirnya nampak langit biru,” kongsi @Masitahazis.

“Lega sangat rasa bila jerebu dah mula balik ke tempat asal . Tiga bulan kita kena ‘hadap’ jerebu tebal, baru la mula nampak langit biru,” kata @Erikanatasha_0.

Sementara itu, berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 4 petang ini, hanya enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu sekitar negeri Sarawak.

Keseluruhan Semenanjung pula mencatatkan bacaan IPU di bawah 80. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Rupanya kita rindu langit biru’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved