[VIDEO] Sewa RM280, dapat katil depan tangga tanpa bilik

20 Oct 2026 • 10:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sewa RM280, dapat katil depan tangga tanpa bilik

PETALING JAYA – Bayar sewa RM280 sebulan, tetapi hanya mendapat ruang tidur yang diletakkan sesekat di ruang tamu tanpa bilik sendiri.

Itu antara situasi yang mencuri perhatian di media sosial selepas seorang pengguna Threads, Aimnhzy berkongsi keadaan ruang kediaman sebuah rumah teres setingkat di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Menerusi video dikongsikan pengguna berkenaan, kelihatan sebuah katil diletakkan di hadapan tangga rumah tersebut selain terdapat papan yang menjadi dinding sementara agar ruang tidur itu sedikit tertutup.

“RM280 ini sewa bilik ke sewa kotak? Partition office (sesekat pejabat) dalam ruang tamu pun jadi duit sekarang,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengguna berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama tuan rumah yang memberitahu ruang tersebut adalah untuk disewa dan penyewa boleh menggunakan dua pilihan tandas di dalam rumah.

“Bawah satu tandas, atas satu tandas. Ruang tamu di bawah sahaja ada. Bilik dah penuh.

“Parkir dalam boleh letak dua kereta. Setakat sekarang semua penyewa pakai motosikal. Berminat ka?,” kata pemilik.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna yang lain dan rata-ratanya mempersoalkan tindakan pemilik rumah kerana sanggup menyediakan ruang sekecil itu dengan bayaran agak mahal demi mendapatkan keuntungan besar.

“Tolong la jangan biasakan benda macam ini. Gila betul langsung tak ada akal langsung,” kata @misswawaw.

“Jadi nak pakai baju, seluar kena cangkung ke? Tapi nampak juga. Ke kena suruh orang pejam mata sekejap, kira sampai 10 baru boleh buka mata,” perli @4r13.yy4.

“Sila la buat laporan, bukti gambar video dah ada, nombor telefon tuan rumah pun ada,” pesan @bbbie_san. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Sewa RM280, dapat katil depan tangga tanpa bilik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved