Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mencari rumah atau bilik sewa yang kena dengan bajet bulanan bukanlah satu perkara mudah.
Kadangkala, harga yang ditetapkan oleh tuan rumah tidak setimpal malah tidak sesuai dengan kemudahan serta keadaan bilik atau kediaman yang mahu disewakan.
Ruang Tamu Diletakkan Dengan ‘Cubicle’ & Disewakan Dengan Harga RM280
Itulah yang dialami oleh seorang pengguna apabila ditawarkan untuk tinggal di ruang tamu pada harga RM280 sebulan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @aimnhzy, pengguna berkenaan mempersoal serta berkongsi keadaan sebenar ruang tamu yang ingin disewanya dengan harga RM280 sebulan.
Apa yang menjadi perhatian adalah harga tersebut merupakan harga sewa bagi bahagian di ruang tamu yang telah diletakkan dengan pembahagi ruang (partition) atau cubicle seakan seperti sebuah pejabat.
Malah, bahagian tersebut yang berada betul-betul di hadapan pintu rumah serta tangga turut dilengkapi dengan sebuah katil bujang siap dengan tilam.
“RM280 ni sewa bilik ke sewa kotak? Partition office dalam ruang tamu pun jadi duit sekarang,” tulis pengguna berkenaan.
Penyewa Boleh Nikmati Pelbagai Kemudahan Lain, Tuan Rumah Dakwa Hanya Tinggal Ruang Tamu Sahaja Untuk Disewa
Menerusi tangkap layar mesej di WhatsApp antara pengguna terbabit dengan seorang indvidu dipercayai tuan rumah berkenaan, tuan rumah tersebut memaklumkan bahawa bilik lain telahpun penuh dan hanya tinggal ruang tamu sahaja yang boleh disewa.
Malah, individu terbabit turut menjelaskan bahawa penyewa boleh menikmati kemudahan lain seperti meletakkan kenderaan di dalam pagar rumah serta terdapat dua tandas yang terdapat di kediaman itu.
“Parking dalam pagar. Tingkat bawah satu tandas, atas satu tandas.
“Parking dalam boleh masuk dua kereta. Setakat sekarang, semua penyewa pakai motosikal. Dah penuh, boleh parking luar, berminat ke?” kata individu terbabit kepada pengguna berkenaan.
Kongsi pengguna itu menerusi hantaran lain, lokasi kediaman terbabit terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Menerusi semakan kami di laman iBilik dan Property Guru, harga sewaan sebuah bilik di Bandar Cassia bermula RM650 sehingga RM900.
Manakala harga bagi rumah sewa di kawasan berkenaan pula RM1,700 sehingga RM4,000 sebulan bagi rumah dua tingkat.
View on Threads
Ramai Kritik Harga Sewa RM280 Sedangkan Penyewa Terpaksa Duduk Di Ruang Tamu
Perkongsian yang telah mendapat lebih 444,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bingung malah tidak menyangka ada tuan rumah yang sanggup meletak partition di ruang tamu dan disewakan dengan harga RM280.
Malah, ramai juga yang mengkritik tindakan pemilik rumah sewa berkenaan yang disifatkan mementingkan diri dengan menetapkan harga sedemikian sedangkan ruang yang disediakan adalah ruang tamu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mahu pengguna berkenaan membuat laporan kepada pihak berkaitan bagi mengelakkan orang lain menjadi mangsa.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tolong La Jangan Normalise Benda Macam Ini. Gila Betul Langsung Tak Ada Common Sense”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_1.jpg)
“Cubicle Satu Hal, Dah Macam Macam Receptionist Depan Pintu Rumah”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_2.jpg)
“Lepastu Nak Tukar Pakai Baju Semua Dalam Bilik Air Ke?”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_3.jpg)
“RM350 Boleh Dapat Bilik Kongsi Yang Elok Dekat KL, Apa Teruk Ni, Ya Allah Sedihnya Tengok”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_4.jpg)
“Betul-Betul Kapitalis Dah Ni. Tak Ada Amal Konsep Fardu Kifayah Dah. Asal Boleh Buat Duit”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_5.jpg)
“Tolong Buat Laporan Tentang Ini. Awak Ada Nombor Telefon, Video & Gambar. Jangan Biarkan Orang Lain Jadi Mangsa”
![Image from: Individu Pasang Partition & Jadikan Bilik Untuk Disewa Dengan Harga RM280 Buat Ramai Bingung [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ruang-tamu-sewa-RM280_netizen_6.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: “Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Hong Kong Dah” – Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Dengan Harga RM600 Curi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Iklan Bilik Sewa Siap Dapat 2 ‘Mini Bath Tub’ Dengan Harga RM250

![[VIDEO] Sewa RM280, dapat katil depan tangga tanpa bilik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-20-at-9.59.22-AM-1024x686.jpeg)

