[VIDEO] Tayar lori tercabut, melayang hempap kereta

LocalCars
1 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Tayar lori tercabut, melayang hempap kereta

PETALING JAYA – Sebuah kereta Perodua Axia rosak selepas tayar dipercayai daripada sebuah lori melayang dan menghempap kenderaan tersebut dalam kejadian di bawah jejambat MRR2 berhampiran Kepong Indah, Rabu lalu.

Menerusi rakaman kameran papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial, tayar berkenaan dipercayai tercabut daripada sebuah lori yang dikatakan sedang melalui Lebuh Raya Selayang-Kepong dan ia ‘melayang’ dan menghempap kereta Perodua Axia ketika berhenti di lampu isyarat.

Akibat kejadian itu, bahagian depan Perodua Axia berkenaan remuk teruk dan cermin hadapan pecah.

Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas termasuk reaksi orang ramai yang mempersoalkan aspek penyelenggaraan lori serta keberkesanan pemeriksaan berkala terhadap kenderaan berat.

Seorang pengguna TikTok @Black232 berkata, tempoh pemeriksaan berkala terhadap lori perlu dipendekkan kerana kejadian seperti itu masih berlaku.

Image from: [VIDEO] Tayar lori tercabut, melayang hempap kereta
Sebuah Perodua Axia remuk selepas tayar lori melayang dari Lebuh Raya Selayang-Kepong serta terkena pada kenderaan itu yang sedang berhenti di lampu isyarat di bawah jejambat MRR2 berhampiran Kepong Indah, Rabu lalu.

“Kalau pemeriksaan setiap enam bulan sekali pun masih banyak kes macam ini, mungkin sudah tiba masanya tempoh pemeriksaan dipendekkan kepada tiga bulan sekali demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Seorang lagi pengguna TikTok @Mohd Saad berpendapat, syarikat atau pemilik lori perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang dialami mangsa.

“Pemilik lori sepatutnya menanggung semua kerugian mangsa termasuk kos membaiki kenderaan, perbelanjaan perubatan dan pampasan lain yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain mempersoalkan keberkesanan pemeriksaan berkala sekiranya masalah seperti tayar tercabut masih berlaku.

“Apa gunanya menjalani pemeriksaan berkala jika masih ada kenderaan yang berada dalam keadaan tidak selamat di atas jalan raya?,” Soalnya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Tayar lori tercabut, melayang hempap kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved