Lori Tangki Diesel Bertembung Myvi, 3 Nyawa Terkorban Di Gua Musang

31 Jul 2026 • 11:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga individu maut selepas sebuah lori tangki membawa muatan diesel bertembung dengan kereta Perodua Myvi di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Gua Sejuk, Gua Musang, awal pagi tadi.

Image from: Lori Tangki Diesel Bertembung Myvi, 3 Nyawa Terkorban Di Gua Musang

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Seorang lagi wanita turut dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 7.16 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Lori tangki berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Pertembungan berkenaan menyebabkan mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan penyelamatan,” katanya ketika dihubungi.

Artikel lain: Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian (Paya Linda Yahya)

The post Lori Tangki Diesel Bertembung Myvi, 3 Nyawa Terkorban Di Gua Musang appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved