[VIDEO] Terkejut lihat orang tangkap, siang ikan di Tasik Cempaka

29 Oct 2026 • 1:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Terkejut lihat orang tangkap, siang ikan di Tasik Cempaka

PETALING JAYA – Tindakan dua individu yang didakwa menjala ikan di Tasik Cempaka, Bangi sebelum menyiang hasil tangkapan di tepi tasik mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi perkongsian di Threads Shahirashaharin, dia terserempak dengan dua individu yang disyaki warga Rohingya sedang menjala ikan ketika menikmati makan tengah hari di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia menyangka aktiviti tersebut sudah selesai selepas habis makan, namun terkejut apabila melihat kedua-dua individu itu meneruskan aktiviti dengan menyiang ikan di tepi tasik.

“Lunch (makan tengah hari) dekat Tasik Cempaka Bangi hari ini. Terkejut tengok ada dua orang disyaki Rohingya tengah menjala ikan dalam tasik.

“Habis lunch, ingatkan mereka dah selesai, sambung rewang siang ikan tepi tasik pula. Allahu,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan persoalan mengenai aktiviti menangkap ikan di kawasan tasik berkenaan, termasuk sama ada perbuatan tersebut dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Saya setiap pagi ‘brisk walk’ kat Tasik Cempaka ni. Memang dah jadi perkara biasa ada org memancing dan menjala. Ada yg mungkin Rohingya, Bangaladesh dan warga tempatan juga. Semalam selamba je tebar jala dari atas jambatan tu,” kongsi Leeza.

“Pagi tadi nampak dia orang menjala kat belakang restoran laksa tu masa nak joging. Terkejut tengok dia orang boleh masuk dalam tasik tu nak tengok jaring yang tengah pasang,” Ietira.

“Papan tanda dilarang memancing atau menjala tu dah kabur tulisannya. Lepas tu kena letak banyak tempat. Pagi tadi ada nampak dia orang menjala. Tak tau pulak siap memyiang ikan tepi tu. Melampau sungguh,” kata Izan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Terkejut lihat orang tangkap, siang ikan di Tasik Cempaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved