[VIDEO] Tragedi mandi Sungai Jeram: Dua beradik ditemukan lemas

12 May 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Tragedi mandi Sungai Jeram: Dua beradik ditemukan lemas
Image from: [VIDEO] Tragedi mandi Sungai Jeram: Dua beradik ditemukan lemas
Mayat kedua-dua beradik itu dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

KUALA TERENGGANU - Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas cuba menyelamatkan rakan mereka di Sungai Jeram Hulu di sini ditemui lemas pada petang Selasa.

**media[3518684]**

​Mayat Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 6 petang.

​Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Baharum Hashim berkata, kedua-dua mangsa ditemui berdekatan pada kedalaman empat meter di dasar sungai.

​"Mayat kedua-dua beradik itu dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

​"Seramai 14 anggota penyelamat termasuk unit PPDA terlibat dalam operasi pencarian ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

​Terdahulu, aktiviti mandi-manda empat remaja di sungai berkenaan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dihanyutkan arus kira-kira jam 3 petang.

​Dua lagi rakan mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

​Salah seorang mangsa yang terselamat, Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, menceritakan detik cemas itu apabila mereka cuba menyelamatkan rakan mereka, Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, yang tiba-tiba hanyut.

​"Kami mandi berempat, tiba-tiba seorang daripada kami (Noor Shaqira) hanyut. Kami bertiga cuba selamatkan dia," katanya.

​Bagaimanapun, tindakan berani dua beradik seibu itu berakhir dengan tragedi apabila mereka pula dibawa arus.

​Noor Shaqira yang berjaya diselamatkan kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved