Video tular dakwa anggota polis ‘pau’ wang di Puncak Erskine disiasat

7 Nov 2026 • 12:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Video tular dakwa anggota polis ‘pau’ wang di Puncak Erskine disiasat

GEORGE TOWN – Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung video tular di media sosial yang mendakwa berlaku salah laku membabitkan anggota pasukan itu ketika bertugas di Puncak Erskine, Jalan Fettes di Tanjung Tokong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan video itu hari ini, susulan penyebarannya di media sosial yang menarik perhatian masyarakat.

“Satu laporan diterima daripada anggota polis yang terbabit dan dia menafikan dakwaan berlaku salah laku rasuah semasa pemeriksaan dijalankan.

“Ekoran itu polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian yang dipaparkan dalam video tular itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rozak berkata, aspek pematuhan prosedur dan tatatertib anggota polis yang terlibat, turut akan disiasat.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Mana-mana saksi, individu yang terlibat serta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau pegawai penyiasat, Inspektor Zahirrudin Ismail menerusi 014-3189026.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video memaparkan dua anggota unit kereta peronda menahan sebuah kereta dinaiki beberapa individu dan memeriksa mereka dengan perakam video tersebut mendakwa anggota polis berkenaan mengambil duit daripada kumpulan tersebut. – BERNAMA

The post Video tular dakwa anggota polis ‘pau’ wang di Puncak Erskine disiasat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved