
Tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mirip Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam satu insiden di lokasi dipercayai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial itu, individu berkenaan dilihat memarahi seorang individu lain sebelum memegang bahagian kepalanya.
Sehubungan itu, Mohd Shuhaily dijangka mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi menjelaskan isu berhubung rakaman video berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Suhaily memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.
Dalam perkembangan sama, turut tular salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang dikatakan terbabit dalam insiden berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan mengenai kesahihan laporan polis yang tersebar itu.
The post Video tular di KLIA, Shuhaily dijangka keluarkan kenyataan hari ini appeared first on The Reporter.






