[VIDEO] Tular Video ‘Take Over’ Pentas Bunkface, Ramai Terpegun Tengok Nyanyian Pemuda Ini

Entertainment
22 May 2023 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini sebuah video telah tular selepas meraih 1.5 juta jumlah tontonan serta mendapat hampir 200,000 likes dalam masa satu hari ia dimuat naik ke TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketika persembahan band Bunkface di Festival Aku, Muzik & Kamu (AMK) itu, seorang peminat bertuah telah dipilih untuk naik ke pentas bersama-sama vokalis band tersebut, Sam untuk menyanyikan lagu berjudul Panik.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Syamirul itu, dia tidak menyangka Bunkface memanggilnya naik ke pentas, dalam masa yang sama dia berasa gementar apabila diminta menyanyikan lagu berkenaan.

“Bunkface memang biasa panggil peminat untuk sambung nyanyi lagu mereka. Tapi saya tak jangka mereka nak menyanyi lagu Panik. Saya memang tak pernah nampak lagi Sam panggil peminat untuk nyanyi lagu itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia tidak pernah menyangka tindakannya take over pentas persembahan itu akan menjadi viral dan menerima pujian ramai di media sosial.

image is not available

Syamirul turut meluahkan rasa terharu apabila dia menerima banyak komen positif yang memuji persembahannya pada malam itu.

“Esoknya saya terima banyak DM dan komen dari netizen dan video saya juga sudah banyak mendapat tontonan. Ada satu komen ni, dia cakap mulanya ingat saya acah-acah poyo tapi lepas saya menyanyi mereka mula terkejut dan tak percaya,” ujarnya.

Difahamkan ini bukan kali pertama Syamirul dipanggil ke atas pentas sewaktu persembahan Bunkface, namun dia memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penyanyi dan apa yang dilakukannya itu hanyalah sekadar suka-suka.

“Saya tidak pernah bercita-cita nak jadi penyanyi. Cuma kalau karaoke tu biasalah. Tak pun, saya menyanyi dekat kenduri kahwin,” jelas Syamirul.

“Sam Bunkface dah boleh bersara dah tu” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan suara yang dimilik Syamirul serta tenaga yang ditunjukkan telah membuatkan penonton enjoy ketika persembahan itu.

image is not available

image is not available

 

Apapun, suara abang ni memang power!

Sumber : mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.