![Image from: [VIDEO] Ya Allah… ada ‘penampakan’ di Dataran Putrajaya](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/penampakan-dataran-putrajaya-1024x640.jpeg)
PUTRAJAYA – “Ya Allah…ada penampakan,” demikian perkongsian seorang pengguna Threads selepas mendakwa terlihat kelibat seorang individu atau lembaga berada di atas bumbung sebuah perhentian bas di Dataran Putrajaya, awal pagi tadi.
Pengguna Azmillsaid memuat naik video dan gambar menerusi platform berkenaan yang memaparkan seorang individu kelihatan seperti wanita sedang meniarap di atas bumbung perhentian bas berkenaan.
Difahamkan, keadaan itu berlaku ketika orang ramai mula berkumpul di sekitar Dataran Putrajaya lewat pagi tadi bagi menantikan acara kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pengguna Threads lain apabila ada yang meninggalkan komen berseloroh dan berteka-teki mengenai identiti individu atau lembaga berkenaan.
“Terkejut member asal tiba-tiba ramai,” kata @mruahmdh.
Sementara itu, @nurh.izati pula berseloroh kononnya individu tersebut mungkin ingin merasai kehangatan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 termasuk melihat perarakan pasukan beruniform negara.
“Dia pun nak panggil abang bomba juga…’abang bomba selamatkan saya’,” katanya.
Seorang lagi pengguna @ssyzx67 pula tertanya-tanya sama ada kelibat tersebut benar-benar seorang manusia.
“Itu orang kan sebenarnya? Ada beg plastik kat tepi dia,” soalnya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Ya Allah… ada ‘penampakan’ di Dataran Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.




![[VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/HARI-KEBANGSAAN-1024x634.jpeg)

