Tun M berkerusi roda hadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tun M berkerusi roda hadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026
Tangkap layar video Dr Mahathir beramah mesra dengan pengunjung di Dataran Putrajaya sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. Kredit/ TikTok @chedetofficial.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini pada Isnin.

Menerusi video penstriman langsung TikTok @chedetofficial, tokoh negarawan berusia 101 tahun itu dilihat melambaikan tangan ke arah pengunjung sambil duduk di atas kerusi roda elektrik.

Dr Mahathir juga sempat berjumpa dan beramah mesra dengan orang ramai.

Bukan itu sahaja, orang awam termasuk anggota keselamatan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto dengan Dr Mahathir.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga sempat merakamkan ucapan ringkas di Facebook beliau sambil disertakan video perjalanannya mentadbir Malaysia sejak 1981 hingga 2003 (penggal pertama) dan 2018 hingga 2020 (penggal kedua).

"Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke-69, Malaysia," katanya.

Ini bukan kali pertama beliau menghadiri Sambutan HKHM di Putrajaya, namun ia penampilan sulungnya datang dengan berkerusi roda.

Sebelum ini, Dr Mahathir ketika ditanya media pada Sambutan HKHM 2025 memaklumkan tidak pernah menerima sebarang jemputan rasmi ke acara tahunan itu, namun beliau mengakui tidak berkecil hati.

Sebagai rakyat Malaysia, beliau berpendirian sesiapa sekalipun berhak hadir dalam acara sambutan tersebut.

Pada 6 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh ketika melakukan senaman di kediamannya di The Mines.

Pada 13 Julai 2025, tokoh politik berkenaan pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan sewaktu program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Beliau ketika itu dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar 10 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved