Vietcombank Bekerjasama dengan Virtusa bagi Melancarkan Platform Perbankan Korporat Generasi Baharu

TechnologyBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 5:57 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Vietcombank Bekerjasama dengan Virtusa bagi Melancarkan Platform Perbankan Korporat Generasi Baharu
Image from: Vietcombank Bekerjasama dengan Virtusa bagi Melancarkan Platform Perbankan Korporat Generasi Baharu

Bank #1 Vietnam bakal membina platform digital berasaskan AI serba baharu, menakrifkan semula pengalaman diutamakan mudah alih untuk pelanggan korporat dan mempercepatkan inovasi perusahaan.

SOUTHBOROUGH, Mass. dan HANOI, Vietnam dan BANGALORE, India dan KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Virtusa Corporation, syarikat perkhidmatan kejuruteraan produk dan platform global, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Vietcombank (VCB), bank komersial milik kerajaan yang terkemuka di Vietnam. Susulan majlis pelancaran rasmi projek yang diadakan pada 30 Julai di Hanoi, kedua-dua organisasi akan memulakan program transformasi berbilang tahun untuk membina platform perbankan digital korporat bersepadu, boleh skala, dan berasaskan AI, yang dinamakan secara rasmi sebagai VCB Corporate DigiBank. Platform ini direka untuk menakrifkan semula pengalaman digital bagi pelanggan korporat di seluruh rantau ini.

Sebagai institusi kewangan terkemuka di Vietnam, Vietcombank membuat pelaburan strategik ini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimipin pasaran serta mempercepatkan pelancaran produk kewangan kepada pelanggan korporat secara signifikan. Menandakan projek teknologi terbesar dalam sejarah Vietcombank, transformasi serba baharu ini akan menggantikan infrastruktur lama dengan seni bina berasaskan awan yang bersedia untuk masa hadapan, sekali gus menawarkan pengalaman diutamakan mudah alih dan berasaskan persona bagi pelanggan korporat bersaiz sederhana dan besar. Menerusi penyatuan perjalanan pelanggan merentasi saluran web dan mudah alih, Vietcombank berhasrat untuk menyediakan interaksi digital yang intuitif dan lancar buat pelanggan korporatnya, setanding dengan perkhidmatan perbankan runcit.

“Projek ini bukan sekadar pematuhan teknologi; ia merupakan transformasi menyeluruh bagi kapasiti digital Vietcombank,” kata Encik Le Quang Vinh, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Projek. “Dengan menyerap amalan terbaik antarabangsa, kami membina keupayaan digital jangka panjang yang berdikari. Pada akhirnya, kejayaan transformasi ini akan diukur melalui satu petunjuk: kepuasan dan kepercayaan pelanggan korporat kami apabila mereka mengalami sendiri platform baharu ini.”

“Bagi merealisasikan visi ini, kami sedang membina ekosistem digital moden yang secara aktif mempromosikan transformasi digital merentasi komuniti perniagaan yang lebih luas,” tambah Puan Phung Nguyen Hai Yen, Timbalan Ketua Pegawi Eksekutif dan Timbalan Pengarah Projek. “Dengan menggabungkan kekuatan sistemik Vietcombank berserta kepakaran antarabangsa Virtusa yang mendalam, kami memastikan platform ini menetapkan penanda aras baharu bagi kualiti dan inovasi dalam ekonomi digital negara.”

Platform perbankan korporat baharu ini memanfaatkan kepakaran kejuruteraan platform berasaskan domain Virtusa selama lebih 25 tahun. Fasa pelancaran awal akan menumpukan pada pemodenan Pengurusan Akaun dan Pembayaran, sekali gus memberikan nilai serta-merta kepada pelanggan korporat di Vietnam. Pelancaran seterusnya bakal memperluas keupayaan modular platform ini secara pantas untuk menawarkan produk lain, termasuk pinjaman, pembiayaan perdagangan, pengutipan, pertukaran mata wang asing dan pelaburan.

Teras utama kerjasama ini ialah komitmen Virtusa terhadap model pembangunan bersama yang menghasilkan platform dan harta intelek milik penuh bank. Menerusi kerangka Pemindahan Pengetahuan Teknikal (Transfer of Technical Knowledge, TOTK) yang terstruktur, Virtusa akan memastikan pasukan dalaman Vietcombank dilengkapkan sepenuhnya untuk memiliki, mengendali, dan meluaskan skala teknologi ini secara berdikari bagi jangka panjang.

“Hasil yang paling optimum dapat dicapai apabila Vietcombank dan Virtusa beroperasi sebagai satu pasukan bersepadu, bergerak menuju matlamat bersama dan bertekad menyelesaikan cabaran secara bersama,” kata Hemant Tantia, Ketua Perniagaan – Asia di Virtusa. “Melangkah ke era berasaskan AI, kami komited untuk mengoptimumkan teknologi AI dalam pelaksanaan ini, sekali gus menetapkan standard baharu bagi industri perbankan Vietnam. Dengan menggabungkan pengalaman industri yang mendalam, semangat inovatif, dan kekuatan kejuruteraan global kami bersama kefahaman pasaran Vietcombank yang mendalam, projek ini bakal menjadi daya pemacu terobosan yang membantu Vietcombank mencapai matlamat strategiknya dengan pantas.”

Untuk maklumat lanjut tentang keupayaan perbankan dan perkhidmatan kewangan Virtusa, sila layari https://www.virtusa.com/industry/bfs.

Maklumat Tentang Virtusa

Virtusa adalah syarikat perkhidmatan kejuruteraan produk dan platform global yang meningkatkan pengalaman dengan teknologi. Kami membantu organisasi berkembang dengan lebih cepat, lebih menguntungkan, dan lebih lestari dengan membentuk semula perusahaan melalui penyelesaian berasaskan domain. Kami menggabungkan strategi, reka bentuk, dan kejuruteraan, disokong oleh kepakaran yang tiada tandingan di persimpangan industri, perniagaan, dan teknologi untuk menjana impak perniagaan sebenar bagi para pelanggan. Beribupejabat di Massachusetts dengan pusat penghantaran global, Virtusa menawarkan pelbagai perkhidmatan, penyelesaian, dan aset, termasuk strategi dan reka bentuk, khidmat nasihat dan perkhidmatan AI, kejuruteraan digital, data dan analitik, jaminan digital, awan dan keselamatan, serta perkhidmatan terurus merentasi industri seperti perkhidmatan kewangan, kesihatan, komunikasi, media, hiburan, pelancongan, pembuatan, dan teknologi. Virtusa adalah tanda dagangan berdaftar Virtusa Corporation. Semua nama syarikat dan jenama lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda perkhidmatan pemegang masing-masing.

Hubungan media: media@virtusa.com

Maklumat tentang Vietcombank

Ditubuhkan pada tahun 1963, Joint Stock Commercial Bank for Foreign Trade of Vietnam (Vietcombank, HOSE: VCB) kini merupakan salah sebuah bank komersial terkemuka di Vietnam. Menerusi pembangunan selama lebih 60 tahun, Vietcombank telah memperluaskan rangkaian serta produk dan perkhidmatan perbankan modennya secara berterusan, sekali gus memegang penguasaan pasaran dominan dalam perdagangan antarabangsa, perbankan korporat, dan perkhidmatan kewangan digital. Vietcombank kini mengendalikan rangkaian luas yang merangkumi ratusan cawangan dan pejabat urus niaga di seluruh Vietnam serta pejabat perwakilan antarabangsa, berkhidmat untuk jutaan pelanggan individu dan korporat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vietcombank.com.vn.

The post Vietcombank Bekerjasama dengan Virtusa bagi Melancarkan Platform Perbankan Korporat Generasi Baharu appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved