Canalys menerbitkan laporan mengenai pasaran telefon pintar di China dengan ia menunjukkan Vivo ialah pengeluar dengan pegangan terbesar. Sepanjang tahun 2024, Vivo memegang 17% pasaran diikuti oleh Huawei (16%), Apple (15%), Oppo (15%) dan Honor (15%). Yang mengejutkan di sini ialah Samsung dan Xiaomi bukan antara lima pengeluar terbesar di China walaupun masing-masing berada di kedudukan pertama dan ketiga di peringkat global.

Huawei seakan menerima nafas baharu di China tahun lalu dengan pengeluaran melonjak 37% selepas beberapa tahun mencatatkan jualan rendah disebabkan oleh sekatan teknologi yang dikenakan. Pengenalan semula telefon pintar dengan 5G berjaya memulihkan kedudukan syarikat yang lima tahun lalu berada di tangga teratas.
Vendor Pengeluaran Peranti 2024 (Juta) Pegangan Pasaran 2024 Pengeluaran Peranti 2023 (Juta) Pegangan Pasaran 2023 Perubahan tahun-ke-tahun Vivo 49.3 17% 44.5 16% 11% Huawei 46.0 16% 33.5 12% 37% Apple 42.9 15% 51.8 19% -17% OPPO 42.7 15% 43.9 16% -3% HONOR 42.2 15% 43.6 16% -3% Lain-Lain 61.6 22% 55.3 20% 12% Jumlah 284.6 100% 272.5 100% 4%
Apple sekadar di tempat ketiga dengan pegangan menyusut -17% berbanding 2023. Ini selari dengan laporan IDC awal minggu ini yang mengatakan pengeluaran iPhone susut -2% tahun lalu.

