Vivo V29 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 778G Dan Kamera 50MP OIS

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V29 telah dilancarkan secara rasmi sekaligus melengkapkan lagi segmen barisan produk berkenaan. Masih mengekalkan fokus yang sama, peranti kelas pertengahan ini turut dilengkapi sistem kamera dengan ciri Aura Light unik yang sesuai digunakan untuk tangkapan gambar dalam pencahayaan rendah.

image is not available

Menariknya apabila Aura Light pada peranti baharu ini dikatakan mampu memancarkan cahaya 36% lebih cerah berbanding sebelum ini. Ia juga dikatakan hadir dengan ciri pelarasan suhu warna pintar yang membolehkannya disesuaikan secara automatik dengan persekitaran.

Sistem kamera terdiri dengan 50MP (utama) OIS + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) dibelakang dan 50MP juga untuk kamera swafoto. Seterusnya tunjang utama peranti ini pula dijana oleh cip Snapdragon 778G yang turut digabungkan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

image is not available

Bateri sebesar 4,600mAh disertakan juga menyokong sistem pengecasan pantas 80W. Turut melengkapi kesemua ini adalah skrin AMOLED 6.78-inci (1260 X 2800 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz, di samping juga memuatkan sistem imbasan cap jari di bawah skrin.