
Rekaan Vivo X500 Pro Max telah tertiris ke arena web dengan ia kini secara rasmi menjadi telefon pintar dengan bonggol kamera paling melampau pernah digunakan. Ia hampir sama lebar dengan tubuh peranti serta ia juga paling tinggi sehingga membuatkan bonggol Vivo X300 Pro kelihatan kerdil.

Bonggol yang besar bukan sekadar estetik tetapi dilengkapi gelung yang berputar seperti lensa kamera sebenar. Ia mungkin boleh digunakan untuk mengawal tahap, mengubah tetapan kamera seperti ISO dan pelbagai lagi ciri berkaitan dengan kamera.

Setakat ini X300 Pro Max telah disahkan hadir dengan kamera sudut lebar 50MP Sony LOFIC, ultra lebar 50MP Sony IMX8 dan telefoto 200MP Samsung HP0. Ini dipadankan pula dengan lensa Zeiss. Selain itu juga bakal dilengkapi skrin 6.85″ LTPO 144Hz oleh BOE dan dengan cip Dimensity 9600 .
Vivo X500, X500 Pro, dan X500 Pro Max akan dilancarkan bulan ini di China,. Versi global belum lagi disahkan kerana isu kekurangan RAM menyebabkan pengeluaran terhad tahun ini.
Sumber – GSMArena




