
.jpeg)
Volvo Car Malaysia bersama Sebangga Group telah merasmikan pembukaan pusat 2S Volvo Kuching di Jalan Pending, Sarawak.
Fasiliti baharu ini mula beroperasi untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan serta alat ganti tulen yang lancar dan premium khusus bagi pemilik kenderaan Volvo di Malaysia Timur.
Fasiliti baharu ini dikendalikan sepenuhnya oleh Sebangga Group di lokasi automotif terkenal Jalan Pending. Buat masa ini, pusat berkenaan memfokuskan aspek penyelenggaraan, namun pelan naik taraf kepada pusat jualan lengkap sudah pun dirancang.
Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia & Thailand, Chris Wailes berkata hubungan dengan para pelanggan sangat penting .
"Kami komited untuk memastikan rangkaian pusat servis sentiasa kukuh dan mudah diakses dan tidak lama lagi, dilengkapi dengan pusat jualan sepenuhnya di seluruh Malaysia. Membawa masuk Sebangga Mitsinbo ke Kuching memastikan pemilik kenderaan kami di Sarawak mendapat penjagaan terbaik tanpa kompromi, lantas menjadikan pusat ini sebagai salah satu tonggak utama dalam rangkaian nasional kami," katanya.
Tarikan Model Baharu Volvo EX30 Cross CountryPembukaan cawangan ini turut bersempena pelancaran model-model baharu di pasaran tempatan. Khusus untuk peminat di Sarawak, Volvo EX30 Cross Country menawarkan prestasi dwi-motor AWD setinggi 428 hp yang amat ideal untuk pemanduan lasak dan mencabar.





