VSCO Kini Menawarkan Aplikasi Kamera iPhone Untuk Pengguna Malaysia – Capture

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 12:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

VSCO pernah popular suatu ketika dahulu sebagai penyedia aplikasi yang memudahkan pengguna menyunting gambar sebelum kongsikan ia ke media sosial. Tidak setakat itu, baru-baru ini, VSCO turut telah menawarkan aplikasi kamera iPhone mereka dinamakan Capture secara terhad di beberapa buah negara, dan kini aplikasi sama sudah boleh dimuat-turun pengguna Malaysia.

image is not available

Menggunakan Capture, pengguna boleh merakamkan gambar terus menggunakannya melalui sejumlah tetapan yang telah disediakan. Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna merakamkan gambar, mengaplikasikan kesan khas, dan memilih untuk kongsikan ia bersama yang lain. Capture turut menawarkan sejumlah kawalan kamera, termasuk membolehkan gambar disimpan dalam bentuk RAW dan ProRAW.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, boleh memuat-turun dan mencuba Capture ini secara percuma hari ini.