VSTECS jual 40% pegangan dalam ISATEC kepada Skyform dari Singapura pada harga RM49 juta

LocalBusiness & Finance
1 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

VSTECS jual 40% pegangan dalam ISATEC kepada Skyform dari Singapura pada harga RM49 juta Image from: VSTECS jual 40% pegangan dalam ISATEC kepada Skyform dari Singapura pada harga RM49 juta amree01/09/2026 - 17:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 SeptVSTECS Berhad bakal menjual keseluruhan 40% ekuiti dalam ISATEC Sdn Bhd pada harga RM48.75 juta selepas pelaburan itu berjaya mencipta nilai sepanjang tempoh tujuh tahun.

 

Cadangan pelupusan itu menyaksikan kumpulan berkenaan menjual 233,334 saham ISATEC, mewakili 40% kepentingan pegangannya, kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura, Skyform Pte Ltd.

 

Ia dan empat pemegang saham pengurusan ISATEC memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) dengan Skyform bagi penjualan keseluruhan 75% kepentingan dalam ISATEC pada nilai RM91.41 juta.

 

"Daripada jumlah itu, pemegang saham pengurusan akan menjual baki 35% kepentingan dalam ISATEC, bersamaan 204,166 saham, pada harga RM42.66 juta," menurut makluman VSTECS kepada Bursa Malaysia.

 

Selepas urus niaga itu selesai, VSTECS tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan ekuiti dalam ISATEC dan syarikat berkenaan juga tidak lagi menjadi syarikat bersekutu kumpulan.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, JH Soong berkata, pelupusan itu membolehkan kumpulan merealisasikan nilai pelaburan dalam ISATEC, selain mengukuhkan kedudukan tunai untuk menyokong perniagaan teras.

 

Beliau berkata, bersama-sama dividen yang diterima daripada ISATEC, VSTECS akan merealisasikan jumlah pulangan tunai sebanyak RM64.97 juta, bersamaan 3.46 kali ganda kos pelaburan asal.

 

VSTECS_DagangNews2026

 

"Pelaburan dalam ISATEC asalnya mengukuhkan segmen perkhidmatan, namun kumpulan telah memperluas keupayaan perkhidmatan secara dalaman, dengan hasil naik lebih 10 kali ganda sejak 2018," katanya.

 

Justeru, hasil pelupusan akan dimanfaatkan sebagai modal kerja bagi menyokong pengembangan tiga perniagaan teras kumpulan iaitu pengedaran ICT, sistem perusahaan dan perkhidmatan ICT.

 

Ujar kumpulan berkenaan, perniagaan sistem perusahaan khususnya kini mengendalikan projek yang semakin besar, termasuk infrastruktur pusat data (DC) berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI).

 

Sementara itu, kitaran perolehan yang lebih panjang serta peningkatan kos peralatan turut dinilai semakin meningkatkan keperluan modal kerja VSTECS untuk menjana pertumbuhan secara lebih mampan.

 

"Skyform, yang mengkhusus perkhidmatan transformasi digital dan AI untuk perusahaan di rantau Asia Pasifik, akan menjadi pemegang saham 75% dalam ISATEC selepas transaksi selesai," tambahnya lagi.

 

Cadangan pelupusan berkenaan jells VSTESC, bagaimanapun tertakluk kepada pelbagai syarat dalam SPA dan dijangka dapat disempurnakan menjelang suku pertama 2027. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved