
Sekurang-kurangnya 14 orang bayi dilapor maut selepas wad bersalin sebuah hospital terkemuka di Pakistan terbakar.
Menurut The Guardian, kebakaran melibatkan kemudahan wad bersalin di Institut Perubatan Sains Islamabad berlaku pada pagi Rabu lepas.
Kenyataan yang diterbitkan oleh pentadbiran hospital berkenaan mengesahkan 14 orang bayi yang berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) meninggal dunia dalam kejadian itu.
Jurucakap hospital, Dr Aneeza Jalil berkata, 15 orang bayi baru lahir berada di ICU ketika kebakaran itu berlaku dan hanya seorang bayi berjaya diselamatkan oleh doktor dalam insiden berkenaan.
Sekurang-kurangnya 14 bayi maut, wad bersalin terbakar di Pakistan
Sementara itu, Menteri Kesihatan Pakistan, Mustafa Kamal berkata, sebahagian mangsa yang terkorban berada dalam inkubutor atau bergantung dengan alat bantuan pernafasan, menjadikan kewujudan tabung oksigen di wad itu menyebabkan kebakaran menjadi lebih teruk.
Menerusi siasatan awal yang dijalankan, pasukan penyiasat mendapati kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada kerosakan penyaman udara yang dilapor meletup di dalam wad tersebut.
Seorang saksi, Sardar Atti ur Rehman, 38, yang isterinya selamat melahirkan anak di hospital berkenaan sehari sebelum kejadian berkata, dia yang sedang tidur di hospital berkenaan bergegas menuju ke wad itu di mana anak dan isterinya berada ketika mendapat tahu kebakaran berlaku.
Sardar bagaimanapun boleh menarik nafas lega selepas anak dan isterinya disahkan selamat selepas berjaya keluar dari lokasi kejadian
Bagaimanapun menurut Sadar, wad berada dalam keadaan panik dengan asap memenuhi ruang, masing-masing cuba menyelamatkan diri.
Ketika itu, dia melihat seorang wanita terbaring di atas katil dan berjaya membantu wanita itu keluar daripada wad berkenaan. Manakala seorang lagi wanita yang ditemui enggan meninggal lokasi kebakaran, sambil menangis mencari bayinya.
“Saya melihat seorang wanita sedang menangis kerana anaknya berada di dalam ICU. Saya cuba masuk ke ICU tersebut, tetapi gagal kerana asap sangat tebal.
Baca juga:
Madinah Dilanda Badai Pasir, Jemaah Cemas Cari Perlindungan
Donut Popular dari Jepun, I’m donut?, Akan Dibuka di Malaysia September Ini
Raja Norway Harald V Mangkat Pada Usia 89 Tahun
“Penglihatan saya juga terhalang dan merasa sukar untuk bernafas ketika itu. Saya kemudian merayu kepada wanita itu agar menyelamatkan diri terlebih dahulu dan memberitahu untuk mencari bayinya selepas itu”, katanya
Seorang lelaki yang merupakan bapa kepada salah seorang bayi yang maut mendakwa pintu wad berkenaan berada dalam keadaan berkunci ketika kebakaran berlaku.
Manakala, tiada petugas perubatan yang boleh ditemui di lokasi kejadian untuk membuka kunci berkenaan. Lelaki itu juga mendakwa, mereka terpaksa memecahkan tingkap wad berkenaan untuk menghampiri bayi-bayi yang sedang ditahan disana.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dilapor mengarahkan pihak berkuasa agar segera melancarkan siasatan untuk mencari punca kebakaran berkenaan.




