Wafi Adwa juara Skuasy Majlis Sukan Sekolah Daerah Sandakan

19 Apr 2025 • 9:17 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Wafi Adwa Baharudin dari Sekolah Kebangsaan St Mary Town, Sandakan muncul johan pada Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sandakan 2025 kategori bawah 12 tahun yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan, disini, baru-baru ini.

Manakala naib johan dimenangi oleh Lo Zhijun (SJKC Chi Hwa) manakala tempat ketiga bersama dimenangi Ehrie Rayyan (SJKC Syn Hua) dan Lo Zhi Hong (SJKC Chi Hwa). Sementara Nur Syawinna (SJKC Syn Hua), Jonalyn (SK Bandar) dan Nur Emeilina (SK Sri Melanta Jaya) serta Siti Nur Shahirah (SK Bandar) masing-masing menjadi juara, naib johan dan ketiga bersama bagi kategori perempuan bawah 12 tahun.

Bagi kategori lelaki bawah 15 tahun, johan, naib johan dan tempat ketiga bersama masing-masing dimenangi oleh Bradley Oscar (SMJK Tiong Hua), Mohd Amirul (SMK Sandakan II), Hayyan Ifni (SMK Sandakan II) dan Chew Ze Lun (SMJK Tiong Hua). Pemenang bagi kategori perempuan bawah 15 tahun ialah oleh Aisyah Umairah (SM St Micheal), Nur Adawiyah (SMK Batu Sapi), Karolyn Chong (SM Sung Siew) dan Nettylin Chelsea Louis (SMK Sandakan II).

Manakala bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, ia masing-masing dimenangi oleh Wong Hong Zhi (SM Sung Siew), Mohd Fazwan Rysham (Kolej Vokasional), Wafy Khuzaiman (SMK Batu Sapi) dan Chu Qi Yuu (SM Sung Siew).

Bagi kategori perempuan bawah 18 tahun, ia dimenangi Janice Lim (SM Sung Siew),Norsuhaily Basri (SMK Sandakan II), Tan Kee Eng (SM Yu Yuan) dan Evangelyn Leong (SM Sung Siew).

Seramai 78 pemain dari pelbagai sekolah di Sandakan telah bersaing dalam enam kategori itu dengan hadiah kepada pemenang disampaikan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan (Unit Sukan), Yusuf Mohammad.

Pegawai Teknik Sukan Skuasy MSSS Sabah, Adzmen Kader mengucapkan tahniah kepada Anas Sulaiman dari SMK Sandakan II selaku penganjur kejohanan kali ini.