Wak Doyok Ambil Akmal ‘Old Money’ Jadi Model Baju Raya, Netizen Luah Rasa Lega – “Terima Kasih Selamatkan Dia..”

LocalMen's Fashion
22 Jan 2025 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ikon fesyen, Wak Doyok telah memuat naik satu video di platform TikToknya memaparkan teaser baju raya jenamanya dengan menggunakan Akmal ‘Old Money’ sebagai model.

Wak Doyok ambil Akmal ‘Old Money’ sebagai model

Dalam ruangan kapsyen video itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor turut memaklumkan ada ada banyak lagi video bagi mempromosikan baju Melayu yang dipakai oleh Akmal tidak lama lagi.

Susulan mengambil Akmal sebagai model jenama baju rayanya untuk tahun ini, ramai netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Wak Doyok kerana ‘menyelamatkan’ lelaki tersebut.

Netizen berterima kasih, Akmal buat keputusan bijak

Malah, netizen juga merasakan keputusan Akmal mengambil ‘jalan’ dengan bekerjasama dengan ikon fesyen itu merupakan keputusan bijak, jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga mendoakan agar rezeki Akmal ‘Old Money’ selepas ini lebih bertambah.

Sekadar info, nama Akmal mula meraih perhatian selepas pempengaruh, Andika Putera memperkenalkan lelaki tersebut sebagai ahli Geng Old Money yang ditubuhkan olehnya.

image is not available 2 weeks ago

Geng Old Money 'Show Off' Baju 'Simple Crinckle Shirt', Netizen Luah Rasa Terhibur - "Macam Orang Gomen Pencen"