
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (12 Mei) Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong memaklumkan kuota BUDI95 mungkin akan dikurangkan daripada 200 liter kepada 150 liter. Menurut beliau data penggunaan semasa menunjukan sebahagian besar dari masyarakat di negara tersebut menggunakan kurang daripada kuota semasa iaitu 200 liter sebulan.
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohammad Akmal Saleh yang kurang bersetuju dengan ‘cadangan’ pengurangan subsidi tersebut memandangkan kuota sebelum ini baru sahaja dipotong dari 300 liter kepada 200 liter.
subsidi minyak rakyat yang memerlukan perlu ditambah
Jelas Dr Akmal subsidi minyak untuk rakyat yang memerlukan sebaliknya perlu ditambah dan diambil dari pihak yang tak memerlukan contohnya dari kumpulan yang bergaji tinggi iaitu belasan ribu.
“Bukan kurangkan subsidi minyak untuk rakyat yang memerlukan. Tetapi tambah subsidi mereka dan ambil dari pihak yang tidak memerlukan seperti golongan yang gajinya berbelas ribu.
“Bila ada yang beritahu, mereka yang berbelas ribu ini pun membayar cukai, iya itu sangat benar. Tetapi jika dibandingkan jumlah subsidi petrol sebanyak RM400/sebulan untuk mereka (golongan gaji tinggi) ini dengan mereka yang bergaji RM1700/sebulan sudah tentu kesannya amat besar untuk golongan yang bergaji rendah,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Kata Dr Akmal lagi, sekiranya kumpulan yang bergaji besar itu merungut mengatakan mereka adalah penyumbang cukai terbesar, mereka juga perlu ingat, jika bukan kerana golongan bergaji rendah yang menjadi pekerja maka belum tentu mereka boleh mendapat atau mampu memperoleh gaji yang besar tersebut.
Cadangkan orang pertama subsidi minyak perlu dipotong adalah wakil rakyat & bos di syarikat GLC, GLIC
Selain itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merlimau itu turut mencadangkan antara kumpulan pertama yang subsidinya perlu dipotong adalah wakil rakyat serta bos di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Ini kerana mereka mempunyai elaun kenderaan yang nilainya beribu.
“Orang yang pertama perlu dipotong subsidi minyak adalah semua wakil rakyat dan boss GLC/GLIC yang dah ada elaun kenderaan beribu nilainya. Mengurus krisis bukan pukul rata semuanya sama.”
Terdahulu pada 1 April kerajaan telah menguatkuasakan pengurangan BUDI95 iaitu subsidi minyak petrol daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.
Walau bagaimanapun harga bagi BUDI95 masih lagi dikekalkan kepada RM1.99 seliter.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Dari 200 Ke 150 Liter Sebulan, Kata Timb. Menteri Kewangan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuota BUDI95 Dikurangkan Untuk Elak Rakyat Tanggung Beban Pada Masa Depan – Anwar
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuota RON95 Bersubsidi Jadi 200 Liter Sebulan, Saifuddin Sifatkan Majoriti Rakyat Tak Terkesan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Hati-Hati Tafsir Kategori T20 & M40, Pendapatan RM13,000 Boleh Jatuh Ke M40 Bahkan B40” – Asyraf Wajdi






