Persefahaman dicapai! UMNO-PH elak konflik, kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan

LocalPolitics
5 May 2026 • 9:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Persefahaman dicapai! UMNO-PH elak konflik, kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan

Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat.

Kata sepakat kekalkan kerjasama

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa keputusan itu selari dengan pendirian Biro Politik kedua-dua pihak berhubung isu di negeri berkenaan.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO dan PH mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat,” ujar kenyataan itu pada Selasa.

Keputusan kerajaan negeri perlu rujuk majlis perundangan

Dalam masa sama, kedua-dua pihak turut bersetuju supaya sebarang keputusan kerajaan negeri yang berpotensi menimbulkan sensitiviti atau perselisihan faham perlu dirujuk segera kepada majlis perundingan tersebut.

“Langkah berkenaan diambil bagi memastikan keharmonian pentadbiran terus terpelihara dan mengelakkan sebarang ruang konflik yang boleh menjejaskan kerjasama erat antara UMNO dan PH di peringkat negeri,” tambah kenyataan.

Mesyuarat itu diadakan bagi menyelaraskan hala tuju politik kedua-dua blok dalam mendepani isu semasa di bawah Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi, Pakatan Harapan

View Original Article