“Waktu Itu Saya Capek, Emosi Dan Khilaf” – Netizen ‘Korek’ Identiti Pasangan Suami Isteri Tendang Anak Dalam Lif

Family & Parenting
23 Oct 2026 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang ibu tampil memohon maaf susulan penularan rakaman CCTV yang didakwa memaparkan tindakan kasar terhadap anak lelakinya ketika berada di dalam sebuah lif.

Rakaman berkenaan sebelum ini tular di media sosial dan mengundang perhatian ramai selepas memaparkan seorang kanak-kanak berada di dalam kereta sorong bayi, manakala dua individu dipercayai ibu bapanya turut berada di dalam lif tersebut.

Advertisement

Dalam rakaman itu, si bapa didakwa menendang kereta sorong yang dinaiki anak mereka, manakala si ibu pula dilihat melakukan tindakan terhadap kanak-kanak terbabit.

Ibu Akui Kesal Dengan Tindakannya

Susulan video tersebut, wanita berkenaan tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di media sosial.

Dia mengakui kesal dengan tindakan terhadap anaknya dan memohon maaf secara mendalam atas apa yang berlaku.

k Image from: “Waktu Itu Saya Capek, Emosi Dan Khilaf” – Netizen ‘Korek’ Identiti Pasangan Suami Isteri Tendang Anak Dalam Lif

“Terkait video viral tindakan saya terhadap anak laki-laki saya di dalam lift, karena keadaan saat itu chek out hotel dan sangat sudah capek saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang mendalam dari hati saya yang paling dalam.”

Menurutnya, tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan kekerasan fizikal terhadap anak.

“Tidak ada alasan yang dapat membenarkan kekerasan fisik terhadap anak. Saat itu saya emosi dan khilaf, dan itu sepenuhnya adalah murni kesalahan saya.”

Fokus Pulihkan Hubungan Dengan Anak

Wanita itu turut berkata, dia kini mahu memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungannya dengan anak serta memastikan keadaan psikologi anaknya kembali pulih.

“Saat ini saya fokus untuk memperbaiki hubungan dengan anak saya dan memulihkan kondisi psikologisnya.”

Dia turut menganggap kecaman dan teguran daripada masyarakat sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.

“Terima kasih atas teguran keras dari masyarakat, ini menjadi pelajaran terhebat dan paling berharga dalam hidup saya.”

Penularan rakaman itu turut mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial, termasuk gesaan supaya pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nik nazmi tangkap khalwat2026-10-16 15:21:16

Video Didakwa Berkait Kes Khalwat Bekas Menteri Bersama Wanita Di Petaling Jaya Tular

The post “Waktu Itu Saya Capek, Emosi Dan Khilaf” – Netizen ‘Korek’ Identiti Pasangan Suami Isteri Tendang Anak Dalam Lif first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved