“Walaupun sepatutnya kena banyak rest” – Jofliam Beri ‘Hint’ Dewi Sedang Hamil?

Entertainment
3 Sep 2025 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jofliam bakal jadi ayah lagi? Tular di platform Threads, ura-ura mengatakan pempengaruh dan usahawan piza, Jofliam dan isterinya, Emira Delyati Dewi bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Ia susulan IG Story yang dimuat naik Jofliam yang mengucapkan terima kasih kepada Dewi kerana menyediakan makanan buatnya. Jofliam turut mengatakan bahawa isterinya itu sepatutnya banyak berehat pada ketika ini.

Terima kasih @emiradelyati walaupun sepatutnya kena banyak rest dah. Alhamdulillah sempurna rezeki,” tulisnya.

image is not available

Isu ini telah mendapat perhatian netizen di media sosial yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu jika berita yang ditularkan itu benar.

image is not available

Sebagai info, Jofliam telah mendirikan rumah tangga dengan Dewi pada 5 April 2025 lalu.

Sebelum itu, Jofliam pernah mendirikan rumah tangga dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 sebelum bercerai pada tahun lalu. Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.