‘Walk Of Honour’ Buat Muhammad Aidil, Didakwa Selamatkan 10 Nyawa Menerusi Pendermaan Organ

LocalHealth & Fitness
19 Nov 2026 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

aidil pendermaan organ

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian diselubungi rasa pilu apabila kakitangan hospital dilihat memberi penghormatan terakhir buat kepada jenazah seorang pemuda, Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, menerusi ‘Honor Walk’ awal pagi tadi.

Hospital itu juga telah menyalakan lampu hijau pada bangunannya tanda penghormatan dan simbolik bahawa proses pembedahan organ dijalankan.

Orang ramai turut beri penghormatan terakhir 

Selain menerima penghormatan daripada kakitangan hospital, tular juga beberapa rakaman video memaparkan orang awam dan sahabat taulan Allahyarham turut hadir memberi penghormatan terakhir buatnya.

 

View on Threads

 

Menerusi posting yang dikongsikan @/syasylvie, pemuda ini didakwa telah menyelamatkan 10 nyawa lain menerusi pendermaan organ semalam.

Difahamkan, pembedahan proses tersebut bermula dari jam 10.45 malam sebelum tamat pada jam sekitar 1 pagi tadi.

Dalam pada itu, ahli keluarga Allahyarham yang dikenali sebagai Siti Hawa telah memaklumkan menerusi Facebook yang mereka sekeluarga membenarkan pihak hospital melakukan pembedahan pendermaan organ milik adiknya.

Assalamualaikum semua, di sini saya sebagai ahli keluarga Muhammad Aidil ingin membuat klarifikasi, terdapat salah faham di antara pihak keluarga dan doktor pada hari kejadian.

“Jadi hari ini (semalam) doktor sudah menjelaskan ada dua jenis kematian, kematian jantung dan kematian otak. Aidil mengalami kematian otak walaupun organ beliau yang lain berfungsi dengan baik.

“Organ beliau yang lain bergantung hidup pada mesin, jika mesin itu diputuskan, Aidil tidak mampu bernafas sendiri. Jadi dalam erti biologi, Aidil memang sudah tidak ada dan kes aidil ini adalah satu dalam 10,000,” katanya.

910869307 17993855613118386 7744300813288608769 n

Allahyarham Aidil juga dianggap sebagai insan terpilih dan mereka membenarkan pihak hospital mendermakan beberapa organ adiknya untuk dijadikan amal jariah berterusan buat beliau di dunia ini.

Terdahulu, Allahyarham Aidil yang difahamkan bekerja di sebuah cafe dekat Kota Bharu telah dimasukkan ke hospital susulan mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Harian Metro, Threads

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved