Wan Rosdy Ziarah Kanak-Kanak Yang Terselamat Dalam Tragedi Pokok Tumbang

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wan Rosdy Ziarah Kanak-Kanak Yang Terselamat Dalam Tragedi Pokok Tumbang

Wan Rosdy Ziarah Kanak-Kanak Yang Terselamat Dalam Tragedi Pokok Tumbang

Suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa tragedi pokok tumbang di Jalan Lama Gombak-Bentong apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meluangkan masa menziarahi satu-satunya mangsa yang terselamat, Muhammad Rizz Haziq Mohd Radzi, 5, yang kini menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Wan Rosdy turut berkongsi momen menyentuh hati apabila beliau memangku dan menenangkan kanak-kanak itu yang kehilangan bapa, ibu, saudara kembar serta bapa saudaranya dalam tragedi berkenaan.

Menurut beliau, sebelum itu beliau sempat menziarahi jenazah Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, di Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh sejurus selesai proses bedah siasat.

“Malam tadi, saya menziarahi jenazah Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran di Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh sejurus selesai proses bedah siasat.

Baca juga:

“Alhamdulillah, saya bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jemaah sempat menunaikan solat jenazah serta bacaan tahlil buat Allahyarham serta tiga ahli keluarganya yang turut meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Bentong.

“Sayu melihat ahli keluarga dan insan-insan yang rapat dengan Allahyarham turut hadir memberikan penghormatan terakhir,” katanya.

Wan Rosdy berkata, beliau mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat kepada semua mangsa yang terkorban serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga, terutamanya kepada anak Allahyarham,” ujarnya.

Dalam tragedi yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, sebuah pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari Bentong menuju ke Janda Baik sebelum dihempap sebatang pokok yang tumbang secara tiba-tiba.

Insiden itu mengorbankan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, isterinya Nuraini Mohammad Jafri, 36, anak kembar mereka Muhammad Rizz Hazim, 5, serta adik ipar Allahyarham, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.

Muhammad Rizz Haziq merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved